Isnin, 31 Ogos 2015
Waktu Mustajab Berdoa.
(1). Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh. (2). tiap-tiap selepas solat fardu lima waktu. (3). antara solat zuhor, asar dan maghrib. (4). antara azan dan iqamah atau selepasnya. (5). Ketika bangun tidur. (6). Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.(7). Ketika hendak masuk dan keluar masjid. (8). Antara takbir solat hari raya. (9). Dalam khutbah jumaat, khutbah hari raya, dan khutbah nikah. (10). ketika menziarahi makam rasulullah saw di masjid nabawi. (11). Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting. (12). Ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain-lain. (13). tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran. (14). ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan resah gelisah. (15). ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah. (16). Ketika hujan turun. (17). Ketika hendak memulakan solat dan sesudah solat. (18). Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur. (19). Ketika khatam al- quran 30 juzuk. (20). Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan