Rabu, 24 Jun 2015

Diari Ramadhan:

Dalam melalui hari-hari di sepanjang bulan ramadhan, mulakan dari seawal jam 4 pagi (menurut kemampuan). Jam 4 pagi,/ Bangun berdoa kepada Allah dengan doa,"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku setelah Dia mematikan aku, kepada-nyalah aku akan dikembalikan". Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-sebanyak kebaikkan . Mandi dan membersihkan diri, Mengambil wuduk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah. solat sunat taubat... selepas sembahyang memohon ampun kepada allah. Solat sunat tahajud, solat sunat hajat, Solat sunat witir,Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir satu rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada Allah. Jam 5 pagi,/ Bersedia untuk bersahur dengan berniat, dengan niat yang lengkap maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah taala." Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau perbanyakkan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. Sembahyang sunat subuh. Sembahyang subuh berjemaah. Elakkan tidur selepas Subuh kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan. Jam 7 pagi./ Membuat persiapan ke tempat kerja. Mulakan dengan membaca Bismillah dan memasang niat yang baik-baik. Jam 10 pagi,/ Sembahyang sunat Dhuha,ia mengundang rezeki yang berkat. Penuhi masa lapang dengan membaca Al-quran biarpun hanya sepotong dua ayat. Jam 12.45 tengah hari./ Bersiap untuk solat Zuhur. Solat berjemaah, Laksanakan juga solat sunat Rawatib, Selepas selesai sembahyang Bersujud syukurlah dan wirid sebagai tanda berterima kasih kita kepada Allah. Jam 4.15 petang./ Bersedia untuk solat Asar berjemaah. Jam 6.30 petang./ Memperbanyakkan berdoa semasa menunggu sampainya waktu berbuka, Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga." Masuknya waktu maghrib menandakan waktu berbuka, berbukalah dengan makanan yang ringan dahulu seperti buah kurma dan minum air. Terus menunaikan solat maghrib berjemaah, selepas itu baru makan makanan yang berat. Jam 8.30 malam./ Solat isyak berjemaah dan terus pula solat Tarawih. Semoga kita dapat melaksana semua ibadah ini dengan baik dan sempurna insya-allah Aamiin..

Sabtu, 20 Jun 2015

Akal.

Akal bukanlah benda yang perlu disimpan... Tetapi adalah alat yang perlu diaktifkan... Tinggi nilainya dan sentiasa digunakan selama kehidupan berlangsung.

Jumaat, 12 Jun 2015

Bersyukur.

Tarik nafas pertama: "subhanallah"... Tarik nafas kedua: :alhamdulillah"... Tarik nafas ketiga: "allahu akbar"... Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang... allah tidak meminta bayaran pun nafas yang nyaman itu... Alhamdulillah...

Khamis, 11 Jun 2015

PENGORBANAN.

Pengorbanan' Ibu' terlalu besar.. Kesabaran "Umi" terlalu tinggi.. Kasih sayang "Emak" tersangat sabar.. Kewujudan "Mama" Teramat bererti..

Isnin, 8 Jun 2015

Syariat Kelahiran

Syariat Kelahiran: Kehadiran ahli keluarga baru itu memang dinanti-nantikan oleh si ibu dan si bapa. Berikut merupakan pekara-pekara yang di sunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi seperti: AZAN dan IQAMAT: Islam mensyariatkan agar azan di laungkan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi. RAHSIA AZAN DAN IQAMAT: (1) Kalimah-kalmah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir. (2) Satu penyataan ayariat islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat. Anjuran dalam islam untuk melaksanakan tahnik memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar ataupun madu lebah. Mengunakan jari telunjuk masukkan ke dalam mulut bayi gosokkan ke kanan dan ke kiri lakukan sehingga menyentuh keseluruhan mulut ke rongga tekak bayi.

Jumaat, 5 Jun 2015

Bismillah.. Ya Allah.. Jika kau titipkan ujian hidup yang berat untuk dipikul, Kurniakanlah Ksabaran pada diri ini untuk mengahadapi.. Jagalah Qalbu ini dari persangaka buruk kepada mu.. Berikan cahaya ketabahan dalam mengharungi.. kekuatan iman agar tetap tegar.. Dalam tangis kepedihan.. Agar tak rapuh jiwa ini mengahadapi.. Lembutkan lah hati ini untuk menerima ketentuan mu.. ya illahi Aamiinn..

Isnin, 1 Jun 2015

PESANAN ROH KEPADA ORANG2 YANG MENGURUSKAN JASADNYA

PESANAN ROH KEPADA ORANG2 YANG MENGURUSKAN JASADNYA [[ dipersilakan SHARE ]] Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut." Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh." Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya." Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku." Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. dipersilakn share Emotikon smile