Isnin, 31 Ogos 2015

Waktu Mustajab Berdoa.

(1). Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh. (2). tiap-tiap selepas solat fardu lima waktu. (3). antara solat zuhor, asar dan maghrib. (4). antara azan dan iqamah atau selepasnya. (5). Ketika bangun tidur. (6). Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.(7). Ketika hendak masuk dan keluar masjid. (8). Antara takbir solat hari raya. (9). Dalam khutbah jumaat, khutbah hari raya, dan khutbah nikah. (10). ketika menziarahi makam rasulullah saw di masjid nabawi. (11). Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting. (12). Ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain-lain. (13). tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran. (14). ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan resah gelisah. (15). ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah. (16). Ketika hujan turun. (17). Ketika hendak memulakan solat dan sesudah solat. (18). Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur. (19). Ketika khatam al- quran 30 juzuk. (20). Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.

Cara Mengurangkan Sakit Gigitan Serangga Berbisa.

Di bacakan: i. surah Al- kafirun (1 kali). ii. Surah Al- Falaq (1 kali). iii. Surah al- Nas (1 kali). Cara: Tiupkan pada bekas air yang berisi sedikit garam, dan jirus di tempat yang kena gigitan serangga tadi.

Tanda- tanda Doa di makbulkan.

Terasa sesuatu yang menakutkan. Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat). Terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa. Di sampingitu, doa-doa yang selalunya dimakbulkan allah ialah doa orang yang dalam keadaan berikut: Orang yang terdesak. Orang yang kena zalim, anak yang berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapanya. Doa seoang muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturahim.
Tempat Mustajab Berdoa; (1). Apabila Melihat Baitullah (kaabah) Di Makkah. (2). Ketika melakukan tawaf mengelilingi kaabah. (3).Di dalam kaabah. (4). Di sisi muitazam dan hijr ismail. (5). ketika melihat masjid rasulullah saw di madinah. (6). Di sisi telaga zam zam. (7). Di atas bukit safa dan marwah. (8). Di belakang makam nabi ibrahim a.s. (9). Di muzdalifah pada malam 10 zulhijjah. (10). Di padang arafah pada 9 zulhijjah. (11). Di mina pada hari tasyriq. (12). di dalam masjid. (13). Di sisi jamratul aqabah pada 11, 12, 13, zulhijjah.