Rabu, 24 Jun 2015
Diari Ramadhan:
Dalam melalui hari-hari di sepanjang bulan ramadhan, mulakan dari seawal jam 4 pagi (menurut kemampuan). Jam 4 pagi,/ Bangun berdoa kepada Allah dengan doa,"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku setelah Dia mematikan aku, kepada-nyalah aku akan dikembalikan". Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-sebanyak kebaikkan . Mandi dan membersihkan diri, Mengambil wuduk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah. solat sunat taubat... selepas sembahyang memohon ampun kepada allah. Solat sunat tahajud, solat sunat hajat, Solat sunat witir,Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir satu rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada Allah. Jam 5 pagi,/ Bersedia untuk bersahur dengan berniat, dengan niat yang lengkap maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah taala." Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau perbanyakkan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. Sembahyang sunat subuh. Sembahyang subuh berjemaah. Elakkan tidur selepas Subuh kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan. Jam 7 pagi./ Membuat persiapan ke tempat kerja. Mulakan dengan membaca Bismillah dan memasang niat yang baik-baik. Jam 10 pagi,/ Sembahyang sunat Dhuha,ia mengundang rezeki yang berkat. Penuhi masa lapang dengan membaca Al-quran biarpun hanya sepotong dua ayat. Jam 12.45 tengah hari./ Bersiap untuk solat Zuhur. Solat berjemaah, Laksanakan juga solat sunat Rawatib, Selepas selesai sembahyang Bersujud syukurlah dan wirid sebagai tanda berterima kasih kita kepada Allah. Jam 4.15 petang./ Bersedia untuk solat Asar berjemaah. Jam 6.30 petang./ Memperbanyakkan berdoa semasa menunggu sampainya waktu berbuka, Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga." Masuknya waktu maghrib menandakan waktu berbuka, berbukalah dengan makanan yang ringan dahulu seperti buah kurma dan minum air. Terus menunaikan solat maghrib berjemaah, selepas itu baru makan makanan yang berat. Jam 8.30 malam./ Solat isyak berjemaah dan terus pula solat Tarawih. Semoga kita dapat melaksana semua ibadah ini dengan baik dan sempurna insya-allah Aamiin..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan